22.2 C
Malaysia
Sunday, January 23, 2022

PETUA PECAHKAN BATU KARANG TANPA PEMBEDAHAN

Sebelom merawat,lebih baik kalau kita tahu cara mencegah.Ada 7 Cara Mencegah Batu Karang.

Batu karang

Anda boleh amalkan,

1. Minum air dengan mencukupi
Kebanyakan pesakit yang pernah ada batu karang berisiko untuk mengalaminya semula pada masa hadapan. Langkah yang terbaik untuk elakkan penyakit ini berulang ialah dengan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Selain itu, perhatikan juga cuaca dan kadar aktiviti yang dilakukan setiap hari. Jika cuaca panas di kala sedang kerap bersenam, anda mungkin perlu minum lebih banyak air untuk menggantikan peluh yang keluar daripada badan.

Air kencing pekat mempunyai lebih banyak kalsium, oksalat dan fosfat yang boleh menyebabkan individu jatuh sakit akibat pembentukan batu karang di dalam saluran urinari.

Oleh sebab itu, dengan minum lebih banyak air, konsentrasi air kencing dapat dikurangkan dan batu karang sukar untuk bergabung serta membentuk kristal.

Sukar untuk minum air dengan mencukupi? Jangan risau, anda tidak berseorangan. Malah, ramai yang menganggap minum air sebanyak 3 liter sehari sebagai satu cabaran. Untuk memudahkan anda, cuba tip berikut:

Tambah perisa di dalam air. Namun, jangan sampai terlalu manis! Sebagai permulaan, cuba perah lemon, cebisan anggur dan limau di dalam air.
Gunakan aplikasi telefon bagi mengingatkan anda untuk minum air.
Tanda botol air supaya anda tahu berapa banyak yang perlu diminum setiap hari.

2. Kurangkan makanan bergaram

Garam merupakan salah satu punca utama pembentukan batu karang. Malah ia terkandung dalam banyak makanan. Contohnya, makanan segera dan makanan bergoreng. Sebab itulah, rakyat Malaysia mengambil jumlah garam yang banyak setiap hari.

Orang dewasa perlu makan kurang daripada 2300 mg garam setiap hari. Sebagai perbandingan, satu sudu teh garam mempunyai 2325 mg garam.

Pesakit yang mempunyai batu karang daripada jenis oksalat atau kalsium fosfat perlu mengurangkan pengambilan garam walaupun anda mengambil ubat untuk merawat penyakit yang dialami.



Antara amalan yang anda boleh lakukan ialah:

Periksa jumlah garam di dalam fakta nutrisi di belakang pembungkus makanan. Kandungan garam yang rendah adalah di sekitar 5%, manakala kandungan garam tinggi adalah sebanyak 20% atau lebih.
Masak makanan di rumah. Dengan cara ini, anda tahu berapa banyak garam yang digunakan di dalam masakan.
Utamakan makanan yang rendah garam atau bebas garam.
Menurut Dr. Penniston, seorang ahli dietetik daripada University of Wisconsin-Madison, ramai orang yang tidak tahu terdapat banyak garam yang ‘tersorok’ di dalam makanan setiap hari.

Oleh sebab itu, Dr. Penniston amat menggalakkan agar pesakit diajar tentang cara yang terbaik untuk mengurangkan pengambilan garam mereka.

Walaupun masak makanan sendiri, anda mungkin secara tidak sedar telah meletakkan terlalu banyak garam di dalam lauk setiap hari!

3. Kurangkan makan daging
Protein daripada haiwan boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang. Oleh sebab itu, doktor mungkin akan mencadangkan agar anda mengurangkan pengambilan daging seperti:

Daging lembu, ayam dan organ.
Telur.
Ikan dan kerang.
Susu, keju dan produk berasaskan susu yang lain.
Namun, jika anda mengurangkan pengambilan protein daripada haiwan, anda mungkin perlu menambah makanan seperti kekacang ke dalam diet setiap hari.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Rotily, et al. pada tahun 2000, mereka mendapati diet yang rendah protein daripada haiwan dapat mengurangkan tahap pengkumuhan kalsium di dalam saluran air kencing individu yang menderita dengan sakit batu karang.

Oleh sebab itu, mereka berpendapat bahawa diet ini amat membantu untuk pesakit batu karang. Jika boleh, cuba berbincang dengan doktor mengenai jumlah protein yang boleh diambil daripada sumber haiwan. Kalau anda mampu kurangkannya dengan nasihat doktor, mungkin ia dapat membantu anda untuk lebih selesa.

Selain itu, pesakit yang mempunyai batu karang jenis asid urik mungkin perlu menurunkan berat badan sekiranya ingin mengurangkan risiko batu karang.

4. Kurangkan batu karang dengan mengehadkan pengambilan oksalat
Pesakit yang mempunyai batu karang jenis oksalat mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi oksalat. Dengan cara ini, risiko penyakit batu karang dapat dikurangkan.

Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak pernah dengar langsung mengenai oksalat. Oksalat ialah bahan semula jadi yang terkandung di dalam pelbagai makanan seperti:

Kekacang
Rhubarb
Miso
Susu soya
Bijan
Ubi bit
Bayam
Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermaksud pesakit perlu elakkan makan sebarang makanan yang mengandungi oksalat ataupun kalsium. Untuk pengetahuan anda, makanan yang tinggi oksalat juga mempunyai kadar serat, magnesium, dan potasium yang tinggi.

Tidak sihat jika anda terus berhenti mengambil makanan yang mempunyai oksalat. Malah, mengurangkannya juga mungkin akan menyebabkan pesakit alami kondisi lain seperti sembelit.

Satu tip yang anda boleh amalkan untuk kekal mengambil makanan yang mengandungi oksalat dan kalsium ialah dengan ambil minuman berkalsium bersama makanan yang tinggi oksalat.

Dengan cara ini, kalsium akan bergabung dengan oksalat di dalam perut dan usus sebelum mencecah buah pinggang.

5. Minum jus kranberi untuk elak penyakit batu karang

Jus kranberi segar




Ramai orang yang percaya akan khasiat jus kranberi sebagai penawar untuk penyakit batu karang. Walau bagaimanapun, masih belum ada sebarang bukti saintifik yang dapat menyokong kenyataan ini.

Selain batu karang, jus kranberi juga dikatakan boleh mengelakkan sakit seperti jangkitan saluran kencing (UTI). Malah, minum jus kranberi juga mungkin tidak akan membawa sebarang mudarat kepada kesihatan.

6. Jangan singkirkan kalsium daripada diet
Pasti ramai yang mengaitkan kalsium dengan batu karang jenis kalsium oksalat. Walau bagaimanapun, kenyataan ini adalah tidak benar!

Menurut Dr. Allan Jhagroo dari University of Wisconsin School of Medicine and Public Health, ramai pesakitnya yang mengadu masih lagi mengalami masalah batu karang walaupun telah mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai kalsium.

Sebenarnya, diet yang rendah kalsium mempunyai lebih potensi untuk membuatkan anda mengalami penyakit batu karang. Malah, beliau menasihatkan agar mengurangkan pengambilan garam dan bukannya kalsium.

Walau bagaimanapun, berhati-hati jika anda ingin mengambil sebarang suplemen kalsium. Untuk mengelakkan penyakit ini daripada berulang, pastikan anda berhubung dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang supplemen tambahan.

7. Ambil ubat-ubatan bersesuaian
Akhir sekali, dapatkan rawatan yang sewajarnya untuk merawat penyakit yang anda alami.

Pesakit yang mengambil ubat-ubatan yang betul dapat menjalani hidup yang lebih selesa tanpa dibelenggu rasa sakit disebabkan batu karang.

Ubat-ubatan yang diberi oleh doktor boleh mengurangkan sakit dan mengawal jumlah garam serta mineral di dalam air kencing pesakit. Oleh sebab itu, mereka dapat mengurangkan risiko penyakit ini bergantung kepada jenis batu karang yang anda alami.

Sejenis ubat yang dikenali sebagai alpha blocker dapat membantu kurangkan rasa sakit dengan cara mengendurkan otot ureter supaya batu karang dapat dikeluarkan daripada saluran air kencing dengan mudah dan selamat.

Kekal hidrat adalah cara terbaik mencegah batu karang.

Ok, sekarang kami senaraikan Petua untuk memecahkan batu karang yg pertama dari Dr. Hamid Arshat tanpa perlu melakukan pembedahan langsung.

Dr Hamid Arshat, adalah doktor pakar sakit puan yang tak asing lagi di Malaysia.

Caranya:

Minum 4 gelas jus epal selama 5 hari berturut-turut.



Pada hari keenam, jangan makan malam.

Pada pukul 6 petang, makan satu sudu garam epsom. Kepada yang takde garam ni di rumah, ianya boleh dibeli di farmasi.

Pukul 8 malam, ulang sekali lagi. Makan satu sudu garam epsom.Pada pukul 10 malam, minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.

Keesokan pagi, apabila anda membuang air besar, batu karang akan keluar bersama najis.

Petua kedua adalah lebih ekspress, cuma mengambil masa satu hari berbanding petua pertama yang mengambil masa 6 hari. Caranya:

Makan malam sebelum pukul 12 tengah malam.

Keesokan harinya, bersarapan dengan jus dari 3 biji epal hijau. Buang kulitnya dan kisar.Makan tengah hari juga menu yang sama iaitu jus dari 3 biji epal hijau.

Makan malam juga menu yang sama, jus dari 3 biji epal hijau.

Banyakkan minum air kosong sepanjang hari.

Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.

Tidur dalam keadaan mengerekot sambil mengiring ke kanan bagi memudahkan batu karang keluar dari badan.

Petua ketiga juga dari Dr Hamid Arshat


Seperti petua yang pertama, petua ini juga mengambil masa selama 6 hari.

Caranya:
Untuk 5 hari pertama, minum jus epal hijau selepas bersarapan, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam.

Pada hari keenam, anda perlu berpuasa & berbuka pada pukul 6 petang. Berbuka dengan air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom.

Pukul 8 malam, ulang minum air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom.

Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.

Keesokan paginya anda akan rasa memulas. Batu karang akan keluar bersama najis.

Fungsi lemon ialah untuk menumpulkan batu karang supaya tak mencederakan organ dalaman semasa proses keluar dari tubuh badan. Epal hijau pula untuk melembutkan batu karang supaya mudah keluar dari tubuh badan.

Mengenai minyak zaitun, apabila anda minum minyak zaitun selepas berpuasa, badan akan mengesan ia sebagai bahan tinggi lemak. Badan akan menghantar isyarat kepada batu hempedu supaya berkerja keras untuk membuang lemak dari badan sekali gus mengepam keluar batu karang.

Anda disarankan untuk mengamalkan salah satu daripada petua-petua di atas sekali setiap 6 bulan.



Petua keempat pula kami dapat dari Dr Shah Kamal



Petua ini cukup mudah dan hanya guna 2 bahan utama iaitu Apple Cider Vinegar (cuka epal) dan madu.

Cara:
Ambil setengah gelas air.
Ambil 2-3 sudu besar cuka epal, satu sudu besar madu lebah. Campur dengan air tadi.

Pastikan minumnya setiap pagi sebelum kita minum atau makan sarapan. Jangan minum atau makan selama 30 minit.

Lakukan selama 5 hari, insyaAllah anda akan lihat kesannya.

Batu karang akan pecah dan keluar melalui air kencing.

Ia juga boleh diamalkan selalu supaya kita tidak akan mendapat masalah batu karang.

Dan ini pula petua orang kampung.Ya la mana boleh tinggal petua orang dulu dulu kan.

Cara-caranya:

1. Cari kelapa muda saiz kecil
2. Lada hitam 21 biji
3. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk halus ke dalam kelapa muda…
4. Kacau
5. Minum sampai habis

Insya Allah batu karang akan hancur dan keluar bersama air kencing

Selamat mencuba ya…Kalau boleh kekal istiqamah menjaga pemakanan supaya tidak mudah didatangi penyakit. Inshaallah.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini