28.4 C
Malaysia
Tuesday, November 30, 2021

SQUID GAME : Apa kisah sebenarnya

Sana sini bukak laman sosial mana mana pon mesti ramai dok sebut Squid Game…

Viral dan trending, itulah yang dapat disimpulkan dari siri drama Korea yang diberi tajuk Squid Game yang telah ditayangkan di saluran television Internet Netflix.

Drama yang menduduki tempat pertama dalam senarai carta drama yang paling popular di Netflix itu kini menjadi drama nombor satu di Korea Selatan dan beberapa negara lain seperti Vietnam dan Singapura.

Drama ini mengisahkan sekumpulan 456 peserta yang kebanyakannya mengalami masalah hutang telah terperangkap di suatu tempat dan dipaksa untuk bermain permainan kanak kanak yang mencabar dan menakutkan. Demi mendapatkan hadiah kemenangan yang berupa wang tunai berjumlah 45.6 bilion Won mereka semua sanggup melakukan apa sahaja.

Watak utama ialah Ki Hoon yang menjadi peserta bernombor 456, disitu dia berjumpa dengan ramai orang, termasuk kawan lamanya yang semuanya tidak tahu permainan tersebut sebenarnya mempertaruhkan nyawa mereka sendiri.

Penonton dihidangkan dengan adegan yang mendebarkan di setiap episod, babak yang tidak disangka serta plot twist mengakibatkan para penonton tidak sabar untuk menanti episod yang seterusnya.

Tidak hairanlah sekiranya siri televisyen Squid Game atau ‘Game Sotong’ ini dalam tempoh yang singkat sahaja sudah menjadi trending di seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia.

Disini kami kongsikan komen komen netizen di facebook tentang ‘Squid Game’ ni,

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini