28.4 C
Malaysia
Tuesday, November 30, 2021

10 Filem Melayu yang tidak mendapat sambutan di pawagam

Tahun 2019 menyaksikan kemeriahan industri perfileman tempatan yang mencuri perhatian ramai pihak.

Kebangkitan filem bercorak animasi tempatan yang meraih pencapaian hebat dari segi kutipan sudah tentu membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia.

Namun begitu, ada juga filem yang kurang bernasib baik dan tidak mendapat sambutan seperti filem-filem pecah panggung yang lain pada tahu tersebut.

CP senaraikan 10 filem Melayu tempatan yang kurang mendapat sambutan dan meraih kutipan rendah sepanjang tahun 2019:

  • 1. Bella & Jamie

Tarikh tayangan: 31 Januari 2019

Pengarah: Ghaz Abu Bakar & Fairul Nizam Ablah

Filem yang dibintangi oleh Liyana Jasmay, Juliana Evans, Izzue Islam, Khir Rahman dan ramai lagi ini hanya meraih RM9,186.50 sahaja selepas beberapa hari ditayangkan di pawagam.
  • 2. 7 Hari Kisah Cinta Langkawi

Tarikh tayangan: 31 Oktober 2019

Pengarah: Dr Anwardi Jamil

Memaparkan keindahan Pulau Langkawi, Kedah, filem yang membariskan lakonan Josiah Hogan, Peter Davis, Mark Adam dan Chi Azim ini kurang menarik minat penonton dah hanya meraih kutipan sebanyak RM11,967.
  • 3. Bu, Kasih Suci

Tarikh tayangan: 11 April 2019

Pengarah: Jeany Amir

Walaupun filem pertama arahan pengarah wanita muda ini membariskan nama-nama hebat seperti Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Dian P Ramlee, Nadia Brian dan ramai lagi, ia hanya meraih kutipan sebanyak RM21,754.
  • 4. Kolong

Tarikh tayangan: 17 Oktober 2019

Pengarah: Zulkifli Abu Kassim

Filem yang memaparkan lakonan Wan Raja, Luthya Sury Widjaja dan Annie Arifin ini tidak berjaya menarik minat peminat filem tempatan dan hanya mendapat kutipan sebanyak RM26,680.
  • 5. MOX

Tarikh tayangan: 21 November 2019

Pengarah: Datuk Zulkeflie M. Osman

Filem MOX ini mempertaruhkan nama pelakon seperti Ebi Kornelis, Tya Arifin dan ramai lagi. Ternyata pelakon hebat tidak berjaya menarik tontonan peminat kerana filem ini hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM28,148
  • 6. Warkah

Tarikh tayangan: 15 Ogos 2019

Pengarah: Opie Zami

Filem yang mengangkat tema kekeluargaan ini menampilkan lakonan Namron, Syazwan Zulkifli, Isyariana dan ramai lagi, tetapi ia tidak berjaya meraih status pecah panggung dan hanya meraih kutipan sebanyak RM29,700.
  • 7. Kron

Tarikh tayangan: 22 Ogos 2019

Pengarah: Opie Zami

Selain Warkah, filem Kron yang menampilkan lakonan Zahiril Adzim dan Dayana Roza ini juga mendapat sentuhan pengarah sama iaitu Opie Zami tetapi malangnya ia turut tidak berjaya mencuri perhatian orang ramai dan hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM31,530.60.
  • 8. KL Vampires

Tarikh tayangan: 14 November 2019

Pengarah: Daven Raghavan

Nama hebat seperti Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim dan ramai lagi merupakan teraju filem ini tetapi ia kurang menyengat di pawagam dan hanya berjaya meraih RM35,448.
  • 9. XX Ray 3

Tarikh tayangan: 24 Januari 2019

Pengarah: Aziz M Osman

Filem kesinambungan ini turut ‘sepi’ di panggung wayang dan walaupun ia membariskan nama pelakon popular seperti Izzue Islam, Ardell Aryana, Nonny Nadhirah dan banyak lagi, ia hanya berjaya meraih RM56,932 sahaja.
  • 10. Felina

Tarikh tayangan: 17 Januari 2019

Pengarah: Sandosh Kesavan

Filem arahan sutradara Sandosh Kesavan mempertaruhkan lakonan Raja Ilya, Zaidi Omar dan ramai lagi ini hanya meraih kutipan sebanyak RM60,887.50 sahaja.





Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini