24.4 C
Malaysia
Tuesday, October 26, 2021

Dapur Rumah Bvrvuk Jadi Rumah 6 Beranak

Gua Musang,Kelantan masih wujud lagi kemiskinan tegar sehingga menyebabkan enam beranak terpaksa mendiami dapur berikutan rumah berusia 40 tahun dihuni di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil dekat sini, sangat usang.


Muhammad Ayub Abd Hamed, 34, yang juga ketua keluarga itu mendakwa tidak boleh melakukan kerja berat kerana kaki kirinya semakin membengkak selepas terbabit kemalangan sembilan tahun lalu.

Pada masa sama, dia juga tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan bagi membaiki kediaman diwarisi daripada bapanya itu.

“Saya tinggal di sini bersama isteri, Hazmalhani Mohd Noor yang berusia 35 tahun dan empat anak.

“Sebelum ini, kami tinggal di rumah sewa tetapi selepas kemalangan, saya tidak mampu membayar sewa kerana tiada punca pendapatan,” katanya.

Menurut Muhammad Ayub, dia tidak boleh melakukan kerja berat kerana kaki kiri membengkak seakan kaki gajah selepas terbabit kemalangan ketika bekerja di Singapura.

Katanya, dia sedang menunggang motosikal sebelum kakinya digilis lori.

“Setiap malam, kami sekeluarga menghampar tilam di dapur untuk tidur bagi mengelak kejadian tidak diingini berikutan papan lantai bilik tidur sudah reput.

“Apabila hujan, atap dapur juga bocor menyebabkan kami terpaksa beralih untuk tidur,” katanya.

Menurut Muhammad Ayub, kini dia hanya mengambil upah sebagai tukang rumah dan melakukan kerja ringan sahaja.

“Saya memperoleh pendapatan sekitar RM500 sebulan jika dapat bekerja,” katanya

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini