24.4 C
Malaysia
Tuesday, October 26, 2021

Denggi Tahap Berbahaya Menganggu Hati Dan Jantung Noki Minta Doakan Kesembuhan

Penyanyi rap yang merupakan antara ahli kumpulan terkenal dari Sabah,K-Clique iaitu Noki dimasukkan ke Hospital Shah Alam sekitar kira-kira pukul 4 pagi, Rabu selepas mengalami demam yang teruk.

Noki yg berbadan sasa kini dilihat mula berjinak menjadi pelakon baru saja pulang dari Kuantan Pahang menjalani pengambaran drama bersama Anna Jobling dan Alif Hadi.

Mula berasa kurang sihat sejak Jumaat lalu, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji berkata, dia disahkan mengalami demam denggi tahap berbahaya.

Menurut penyanyi berusia 27 tahun ini, keadaan kesihatannya kini semakin teruk sehingga menganggu hati dan jantungnya.

“Sekarang keadaan saya agak teruk juga sebab kepala tengah pening dan tak berhenti muntah. Pukul 4 pagi tadi saya dimasukkan ke wad.

“Badan saya mula tak sihat sejak Jumaat lalu tapi lama-kelamaan keadaan semakin teruk dan ambil keputusan untuk pergi ke hospital.

Terdahulu menerusi Instagram Noki berkongsi foto dia sedang terlantar sakit di sebuah hospital dan berharap orang ramai mendoakan kesembuhannya.

Noki turut memberitahu suhu badannya naik sehingga 39 darjah celsius dan bacaan platelet darah pula mencatatkan penurunan daripada bacaan normal.

“Keadaan saya sekarang demam denggi tahap berbahaya. Doakan kesihatan saya. Semoga Allah lindungi kita semua daripada segala penyakit,” katanya.

Netizen serta rakan selebriti semua sama mendoakan agar penyanyi lagu Gila itu cepat sembuh dan kembali aktif.

Mungkin Noki kerja agak keras sehingga mengabaikan kesihatan.Jadi lepas ni kena jaga kesihatan diri semoga kembali sembuh.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini