28.4 C
Malaysia
Tuesday, November 30, 2021

Elyana Angkat ‘B3nd3ra Pvtih’ Terima Segala Bantuan

Selepas 7 tahun merahsiakan kesukaran yg beliau hadapi.Akhirnya klimaks pada kesabaran beliau berakhir.

Elyana,seorang penyanyi yg bermula cemerlang pada 2001 dengan album Niat dilihat sebagai penyanyi yg ceria dan energetic

Mempunyai ramai peminat bila menyanyi dipentas atau berlakon dilayar tidak pernah mengecewakan.

Namun,setelah disahkan menghidap kanser Limfoma pada 2010,kehidupan beliau berubah 360 darjah.

Limfoma ialah sejenis kanser yang berasal daripada sel darah putih. Sel darah putih berfungsi melindungi badan daripada organisma asing seperti kuman, virus, kulat dan sebagainya. Sistem ini dikenali sebagai sistem imun. Seperti kanser lain, kanser ini menyebabkan sel darah putih membiak secara tidak terkawal dan tidak normal. Terdapat pelbagai jenis limfoma, namun saya akan menyentuh jenis yang kerap dialami pesakit serta lazim berlaku.

Sejak disahkan menghidapi kanser,Elyana memilih untuk mendiamkan diri dan berusaha mengubati penyakitnya.Walaubagaimanapon beliau akhirnya memberitahu Malaysia yg beliau sedang berjuang melawan kanser dalam rancangan Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017

Bersama keluarga penguat semangat

Dedah Elyana lagi ketika itu, kali terakhir dia melakukan rawatan kemoterapi ialah pada 2016, setahun sebelum segala-galanya dibongkarkan kepada umum.


Sepuluh tahun menderita dan berjuang melawan kanser sejak berusia 23 tahun, Elyana memberitahu, kansernya semakin mengganas apabila merebak ke beberapa bahagian lain seperti rahim, hati dan pangkal paha sehingga berat badannya turun mencecah 41 kilogram.

“Jujur saya kuat hingga detik ini disebabkan anak-anak dan keluarga. Kata-kata positif rakan-rakan, peminat dan orang ramai turut saya genggam erat sampai sekarang,” katanya.

Dia juga hampir putus asa meneruskan segala rawatan kemoterapi dan radioterapi sebagai saranan doktor.

Terbaru Elyana agak terkesan apabila meluahkan kebimbangan dan kerisauannya mengenai kos rawatan sesi kedua yang menelan belanja RM250,000 dan sedang dijalaninya kini.

Kimoterapi semua maklum adalah satu cara mengubati kanser yg sangat menyakitkan namun terpaksa dihadapi untuk kembali sihat.Namun memikirkan kos rawatan membuatkan Elyana buntu.

Jujur saya tak pernah nak minta-minta seperti ini. Saya segan dan malu. Tapi sejak akhir-akhir ini ramai mesej dan mahu menghulur bantuan menampung kos perubatan yang mencecah ratusan ribu ringgit itu.

“Saya terima dan hargai jasa baik anda semua. Jujur saya terharu dan langsung tidak pernah terfikir sampai ke tahap ini,” luahnya menutup bicara sambil meminta semua mendoakan agar ujian berat yang dialaminya kini diangkat semula supaya dia dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu.

Kita doakan kesihatan Elyana semoga kembali ceria seperti dulu dan kembali menghiburkan Malaysia

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini