24.4 C
Malaysia
Tuesday, October 26, 2021

Erra Fazira Kahwin Menteri : “Perempuan Cantik Memang Suka Lelaki Kelakar Eh?”

Tiba tiba laman sosial meletop apabila ada netizen memuatnaik tweet melibatkan Erra Fazira,47tahun kononnya mengahwini seorang menteri kabinet dan bergelar isteri kedua.

Sebelom ini Erra Fazira pernah berkahwin dengan Datuk Yusri Abd Halim pada 2003 dan berpisah pada 2006. Kemudian pada tahun 2007 beliau sekali lagi bertemu jodoh dengan Engku Emran dan dikurniakan seorang cahayamata Engku Aleesya yg kini berusia 12 tahun kemudian juga berpisah pada tahun 2014.

Erra Fazira dilihat sebagai seorang pelakon dan penyanyi yg sering dilanda gosip perhubungan cinta namun setiap kali beliau memilih untuk mendiamkan diri.Namun kali ini apabila tiba tiba tercetus gosip berkahwin dengan menteri sebagai isteri kedua,netizen mula mencari cari kebenaran.

Dalam pada itu netizen yg tangkas membuat carian menampakkan menteri yg dikaitkan dengan Erra Fazira hanya follow Instagram Erra saja berbanding artis artis lain di Malaysia.Bukti ini menambah keyakinan netizen kebenaran berita ini.


Manakala Erra pula menulis komen tenang seperti menafikan dakwaan yg tular.

“Apooo tak habis habis cerita pasal kawin ni.Apapon orang suka utk berkata jadi biarkan mereka seronok dgn berkata kata”.

Walaubagaimanapon Datok Seri Faizal Azumu,51 tahun yg merupakan Menteri Belia dan Sukan yg dikaitkan dengan gosip ini telah bersuara menafikan kebenaran khabar angin ini.

Namun netizen sudah pun teruja dan memberi ucapan tahniah kepada Erra yg dilihat sudah sekian lama bersendirian.

Apakata anda?Agaknya kalau benar seperti tular, isteri pertama dah tahu ke belom berita perkahwinan mereka?

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini