24.4 C
Malaysia
Tuesday, October 26, 2021

Hampir 5 tahun berlalu , negara hilang suara emas , Saleem Iklim. Ini fakta menarik mengenai Saleem yang ramai tak tahu.

Allahyarham A. M. Salim Abdul Majeed atau Saleem 

Allahyarham A. M. Salim Abdul Majeed atau Saleem Iklim (lahir 31 Ogos 1961 –meningg4l 14 Oktober 2018 pada umur 57 tahun) ialah seorang penyanyi Malaysia yang berasal dari Terengganu.

Pada asalnya beliau ialah seorang penyanyi sensasi Iklim yang terkenal dalam dekad 90-an. Beliau merupakan bekas anak didik penggubah terkenal, Wan Zul.

Lagu nyanyian beliau ciptaan Wan Zul dan M. Nasir telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang artis tanah air yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings.

Pada awal dan pertengahan dekad 90-an, Saleem dan Iklim telah berjaya menempa nama di luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Kepulauan Cocos di Australia.

Saleem telah dilahirkan pada 31 Ogos 1961 di Permaisuri, Setiu, Terengganu. Beliau berdarah kacukan India Muslim dan Melayu sebelah ibu.

Sebelum menceburkan diri ke dalam bidang nyanyian, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang nelayan yang berjaya.

Walau bagaimanapun, cita-cita tersebut tidak tercapai. Sebaliknya, beliau meneruskan hidup dengan menjadi penolong tukang masak di institusi pengajian tinggi di Terengganu (ITM Dungun) iaitu salah satu cabang dalam bidang “kantin dan penyelenggaraan makanan” atau katering sebelum beliau mencipta nama sebagai seorang penyanyi.

Dengan berbekalkan bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya, pada tahun 1985, Saleem telah melantik beberapa orang rakan dan anak muda kampungnya bagi menubuhkan sebuah kumpulan nyanyian yang berkonsepkan rock di mana beliau sendiri sebagai penyanyi utama. Terdapat beberapa orang kenalan Saleem menyatakan bahawa (boleh diragui akan kesahihannya) penubuhan kumpulan tersebut adalah disebabkan cuaca bagi menangkap ikan di laut tidak mengizinkan pada waktu itu.

Pemuzik-pemuzik asal kumpulan Iklim adalah daripada gabungan pemuzik-pemuzik mantap dari kumpulan yang pada asalnya dikenali sebagai “The Kids” di arena muzik di Terengganu pada waktu itu. Untuk pengetahuan semua, nama Kumpulan Iklim adalah sempena keadaan iklim dan cuaca yang tidak menentu di pantai timur yang kerap dilanda ribut dan hujan lebat.

Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan IKLIM ini kerap mengadakan pertunjukan di kelab sosial/kelab malam dan juga beberapa undangan eksklusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu.

Pada tahun 1990, SCS Record (Suara Cipta Sempurna) yang kini dikenali sebagai Rock Record of Malaysia telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Iklim untuk membuat rakaman album mereka yang pertama. Album tersebut berjudul: Satu Kesan Abadi. Lagu-lagu top hits yang menjadi siulan anak muda daripada album tersebut adalah: Suci dalam Debu, Hakikat sebuah Cinta dan Satu Kesan Abadi. Lagu Suci Dalam Debu dendangan IKLIM telah berjaya mengalahkan sebuah lagu dendangan Sheqal (Zapin Rindu-rinduan) yang agak lama mendominasi carta muzik tanahair dengan irama balada nusantaranya pada waktu itu.

Setelah album Satu Kesan Abadi mendapat sambutan hangat di Malaysia, Indonesia dan Singapura, Saleem dan anggota kumpulan Iklim telah ditawarkan untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul “Suci dalam Debu” yang dibintangi oleh Julia Rais dan Sidi Oraza.

Walau bagaimanapun watak Saleem dan anggota kumpulan IKLIM dalam filem itu kurang menonjol dan boleh dipertikaikan walaupun suara beliau sering berkumandang di awal dan akhir filem tersebut.

Setelah itu, Populariti Saleem dan IKLIM terus melonjak naik dan banyak antara lagu-lagunya telah menjadi top hits dan diminati ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ada antara lagu-lagunya yang menjadi tema/montaj drama swasta terbitan RTM dan TV3. Tidak kurang juga ada yang menjadi lagu tema filem.

Bahkan juga lagu-lagunya sering diputarkan di pasar-pasar raya bagi memeriahkan dan menceriakan suasana membeli-belah. Antara lagu-lagu Saleem/IKLIM yang menjadi pujaan ramai kerana kehebatannya di sekitar 1990-an hingga sekarang

Saleem dimasukkan ke H0spital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat kem4l4ngan motosikal yang dialaminya semasa 28 September 2018.

Beliau mengalami kec3d3raan pada bahagian tulang rusuk sehingga beliau dalam keadaan k0ma. Pada 14 Oktober 2018, beliau akhirnya telah mengh3mbuskan nafas ter4khir pada jam 6:15 pagi.

Perkara itu telah disahkan menerusi anaknya, Iera Fakhira. J3n4zah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkvbvran Islam Batu 10, Cheras, Kuala Lumpur selepas solat Zohor. Alfatihah buat Saleem.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini