28.4 C
Malaysia
Tuesday, November 30, 2021

Konami buat lawak grafik macam s4mpah buat peminat kec3wa

Julai lalu, Konami mengumumkan permainan bola sepak eFootball yang mana ia merupakan pengganti bagi siri Pro Evolution Soccer atau PES. Sedikit berbeza, permainan tersebut ditawarkan secara percuma berbanding pesaingnya FIFA.

Terbaru, permainan itu sudah pun dilancarkan tetapi peminat berasa amat marah dan tidak puas hati dengannya. Ini kerana setakat artikel ini ditulis, eFootball menerima penilaian (rating) paling ter0k di platform Steam.

Dengan mengutip skor sebanyak 9%, ia adalah permainan nombor 1 terbur0k dalam permainan di Steam. Boleh dikatakan eFootball merupakan “King” dalam “Hall of Sh4me” berdasarkan data yang dikongsikan STEAM25

Lebih mem4lukan apabila permainan yang tersenarai dalam 10 “terbaik” itu, kebanyakan game tersebut jarang sekali gamer dengar.

Apa yang Konami sudah buat terhadap permainan bola sepak yang dahulunya gah?

Antara lontaran kritikan yang diluahkan peminat adalah grafik yang ter0k, gameplay umpama tidak siap, pepijat sana sini dan banyak lagi.

Mudah kata, Konami sememangnya g4gal kali ini walaupun mengambil tempoh selama 2 tahun untuk membangunkannya.

Bagi anda yang ingin mencuba, eFootball sudah tersedia di platform PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X|S. Sementara permainan mudah alih bakal menyusul kemudian.

Apa-apa pun, apa komen anda mengenai eFootball ini?

KREDIT : WISER.MY

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini