28.4 C
Malaysia
Tuesday, November 30, 2021

Menyayat Hati : Pakcik Korek Tong Sampah Demi…

Berapa banyak kita bersyukur setiap hari dengan apa yg kita ada?Bila dapat makan nasi dengan ayam goreng atau sardin adakah kita rasa sedih atau rasa bahagia?

Sedarkah kita berapa ramai orang lebih susah dari kita.Malahan ada orang yg terpaksa mencari lebihan makanan dalam tong sampah demi mengisi perut?

Itulah terjadi kepada seorang lelaki warga emas yang dilihat sedang mencari cebisan makanan di tempat pembuangan sampah di sekitar Ipoh, Perak.

Menerusi laman Facebook Ipoh Com, terdapat video yang dikongsikan dan berjaya meraih lebih 9,700 perkongsian dalam masa 24 jam.

“Lokasi berdekatan UTC Pasar Besar di Ipoh. Pakcik mencari makanan dalam sampah dan memakan sisa yang dibuang oleh orang lain,” tulis kapsyen posting tersebut.

Menerusi video itu, warga emas itu kelihatan seperti gelandangan dengan memakai pakaian kotor dan keadaan dirinya yang tidak terurus. Dia juga kelihatan kurus dan agak kurang sihat malah sebaik sahaja menjumpai cebisan sisa itu, dia terus makan tanpa ragu-ragu.

Beberapa pengguna Facebook turut meninggalkan komen dimana mereka juga sering kelihatan pakcik berkenaan di sekitar Ipoh.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini