24.4 C
Malaysia
Tuesday, October 26, 2021

Pelakon Dan Dua Pengarah Ditahan Positif D4d4h Belom Selesai Tugasan

Kecoh apabila polis mengesahkan ada membuat serbuan di sebuah inap desa yg merupakan lokasi pengambaran sebuah telefilem pada ahad lalu.

Mereka yg ditahan adalah seorang pelakon lelaki Niezam Zaidi bersama dua kru produksi yg merupakan pengarah dan penolong pengarah.

Mereka ditahan dibilik berasingan jam 7.15pagi di sebuah inap desa yg terletak di Kuala Kangsar,Perak oleh sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar.

Ketika kejadian, sepatutnya mereka sudah selesai melakukan tugasan masing masing dan pulang ke Kuala Lumpur untuk menyambung pemgambaran telefilem walaubagaimanapon memilih untuk masih menginap disitu.

Hasil ujian air kencing mendapati pelakon dan pengarah positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocanibbal.

Manakala penolong pengarah didapati positif dadah jenis AMP atau Metamphetamine.

Niezam Zaidi yg berasal dari Ipoh Perak merupakan seorang pelakon yg sering mengambil watak antagonis dengan berjaya.Filem yg berjaya dilakonkan beliau antaranya adalah MAMA lakonan utama Nabila Huda.

Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures, Sdn Bhd, Syafiqa Zamri ketika mengulas kejadian berkata,syarikat terpaksa mengambil pengarah dan penolong pengarah yg baru untuk menyelesaikan pengambaran telefilem yg masih belom selesai.

“Cuma kami belom pasti bila masa yg sesuai untuk menyambung pemgambaran .Pelakon yg terbabit sudah tamat wataknya jadi tidak menganggu proses pengambaran” ujar beliau.

Katanya lagi, “Kami memandang serius kejadian ini dan sebab itu produksi mengambil keputusan untuk menukar pengarah dan penolong pengarah untuk telefilem ini”

Sementara itu jurucakap dari ibu pejabat polis Kuala Kangsar berkata mereka masih dalam tahanan untuk membantu siasatan.Belom ada perkembangan kes untuk dikongsi.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini