24.4 C
Malaysia
Tuesday, October 26, 2021

Rentas Negeri Dah ‘On’ : Mana Lokasi Pertama Anda?

Selepas sekian lama menunggu untuk mendapat kebenaran merentas negeri,sejak dari bermulanya sekatan merentas negeri awal 2021 akhirnya penantian rakyat Malaysia berakhir.

Pengumuman yg dibuat oleh Perdana Menteri Datok Seri Ismail Sabri membuatkan rakyat seluruh Malaysia menarik nafas lega.Gembira dengan kebenaran yg diberikan.

Malah ada yg meminta agar hariraya dimulakan semula agar dapat meraikan kemeriahan raya bersama keluarga.

Sejak dari pengumuman dibuat awal siang tadi netizen mula memuat naik pelbagai posting kelakar tak kurang juga yg boleh menitiskan air mata sebab terlalu rindu kepada ibu bapa di kampung terutamanya

Berpunca dari terlalu lama berkurung dirumah akibat C0vid, rakyat tidak dapat menjalani kehidupan normal yg selalunya dapat bercuti dan melancong.Jadi peluang yg didapatkan bermula esok 11 Oktober 2021 seolah olah berita ‘bulan jatuh keriba’ buat rakyat Malaysia.

Ada yg memilih untuk balik kampung.Sebab dah bertahun tak dapat balik.Ada juga yg mengidam nak ke pulau yg cantik untuk meluang masa bersama keluarga.

Apapon rencana percutian yg kita buat paling penting mesti menjaga SOP.Kita masih belom bebas dari ancaman C0vid.Cuma kita tidak boleh selamanya takutkan C0vid sehingga memutuskan rutin hidup normal.

Sedikit tips ringkas kami berikan kepada seluruh pembaca buat peringatan agar tidak lalai dan mengancam keselamatan orang tersayang.

TIPS SEBELOM MERENTAS NEGERI

1. Kalau boleh lakukan saringan kendiri.Beli test kit dan pastikan diri dan keluarga bebas dari wabak C0vid.Supaya kalau memilih balik ke kampung kita tidak menyusahkan orang tua di kampung

2. Elakkan berkumpul ditempat sesak.Sentiasa menjaga jarak dan pastikan tidak sengaja pergi ke tempat tumpuan yg sesak.Kalau nak berkelah sentiasa jaga jarak dan barang peribadi.

3. Pastikan sentiasa ada bekalan hand sanitizer,wet tissue dan keperluan yg sepatutnya untuk memastikan diri dalam keadaan bersih dan bersedia untuk melakukan aktiviti.Sentiasa amalkan penjagaan kesihatan seperti pengambilan supplement untuk sentiasa sihat dan cergas.

Jangan lupa kita masih belom menang malahan mesti belajar untuk hidup bersama C0vid.Pastikan “Kita Jaga Kita”

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini