22.2 C
Malaysia
Sunday, January 23, 2022

Bajet Jadi Marshall Konvoi Bawa Padah

Keterujaan para pemilik motosikal berkuasa besar yg sering berkonvoi bersama kawan kawan sememangnya sudah menjadi perkara biasa dilihat di Malaysia.

Namun seringkali dilihat mereka menyalahgunakan kuasa mereka seolah olah pemandu lain terpaksa mengikut kehendak mereka apabila sesukahati menahan kenderaan lain apabila konvoi mereka melalui satu satu jalan.

Gambar hiasan

Ahad lalu Polis menahan dua suspek yang didakwa menghentikan lalu lintas bagi membenari laluan kepada konvoi motosikal berkuasa tinggi melalui persimpangan lampu isyarat di Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya turut merampas dua motosikal berkuasa tinggi dan topi keledar daripada suspek

Kedua-duanya ditahan di Bandar Springhill pada awal pagi Selasa.

Seorang daripada suspek bekerja sebagai pembantu di sebuah firma guaman manakala seorang lagi penyelia kilang.

Ketika kejadian, lampu isyarat sedang berwarna merah, namun suspek membenarkan konvoi itu melalui jalan tersebut.

“Kami masih mencari empat lagi yang dirakam dalam video tular pada Ahad lalu,” ujar beliau.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Polis dan Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di bawah Seksyen 21 Akta Polis, pesalah boleh didenda sehingga RM200 atau penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan boleh didenda sehingga RM300.

Tambah beliau lagi, mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi balai polis daerah di talian 06-647 2222.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini