22.2 C
Malaysia
Sunday, January 23, 2022

Kid Search Terima Kenyataan Isteri Tercinta Tulang Belakang Hidupnya Sudah …

Setiap yg hidup pasti akan mati.Cuma cara dan bagaimana caranya tidak ada seorang pon tahu.Menerima kenyataan itu, pemain gitar kumpulan rock Search, Kid menganggap pemergian isterinya Noraznin Yusof, 55, akibat kanser leukemia sebagai sebuah kehilangan yang besar dalam hidupnya.

Menurut Kid atau nama sebenar Hamzah Mohd Taib, 54, arwah merupakan tulang belakang dalam kerjayanya sepanjang berada terlibat dalam bidang seni.

“Sebenarnya arwah ini adalah tulang belakang bagi karier saya kerana serba serbi dari segi apa pun pasti dia ada terlibat sama atau pun memberi kerjasama dan sebagainya.

“Walaupun kini dia sudah tiada tapi semangat dia ada lagi bersama saya, saya akan terus usahakan apa juga yang kami rancangkan bersama,”

Noraznin menghembuskan nafas terakhir akibat kanser leukemia tahap empat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), di sini, jam 5 pagi, Isnin.

Berkongsi penyakit yang dihidapi arwah, Kid berkata, semuanya berlaku terlalu pantas, mereka hanya menyedari arwah menghidap penyakit itu setahun lalu yang mana sudah berada di tahap keempat.

“Allah lebih menyayanginya, saya tak menyedari perubahan pada diri dia sehinggakan kakak arwah minta buat pemeriksaan darah. Bila kami dapat tahu dia ada luekemia dan terus dapatkan rawatan.

“Tapi ketika dapat tahu itu penyakit itu sudah ditahap tinggi. Sepanjang setahun rawatan saya ulang alik hospital, saya tidak dapat fokus buat kerja lain.

“Penyakit ini sangat rumit, banyak makan masa dan kos rawatan yang tinggi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kid perlu menerima hakikat dan meneruskan kehidupan walaupun tanpa isteri di sisi.

“Mungkin kali ini tugas saya double kot, dulu mungkin ada yang kata seperti dua enjin sekarang ni jadi satu enjin,

“Tapi enjin ni kena lebih strong. Saya kena kuat untuk meneruskan kehidupan,” Ujarnya

Jenazah Noraznin Yusof selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam (Kopak) Kariah Kg. Teras Jernang kira-kira pukul 3 petang, Isnin.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini