22.2 C
Malaysia
Sunday, January 23, 2022

Terperangkap Kerana Kepala Air

Hulu Selangor: Seramai 11 individu terperangkap di seberang sungai Air Terjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali ke Genting di sini, susulan fenomena kepala air hari ini.

Bagaimanapun, kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat kerana mereka berada di pondok yang mempunyai bekalan elektrik.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.26 malam.

Menurutnya, sepasukan lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke tempat kejadian.

“Tiba di lokasi, didapati berlaku fenomena kepala air di Sungai Pinang disebabkan hujan lebat.

“Terdapat 11 mangsa terkandas di seberang sungai dan berada dalam pondok yang mempunyai bekalan elektrik,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Norazam berkata, kesemua identiti mangsa masih belum diperolehi dan operasi menyelamat sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini