22.2 C
Malaysia
Sunday, January 23, 2022

Waktu Makan Yg Mana Yg Paling Mempengaruhi Kesihatan Manusia?

Kebanyakan orang sering mengambil ringan waktu makan.Ada yg mengelak waktu makan tertentu dengan alasan sibuk dan tidak kurang untuk menjaga berat badan.

Tanpa memahami bahawa pengambilan makanan pada masa yg tepat adalah amat penting dalam mempengaruhi kesihatan manusia.

Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Ia membekalkan tenaga untuk menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif. Disini kami kongsikan antara kebaikan dan kepentingan sarapan!

1) Memastikan metabolisme badan sentiasa pada tahan optimum

– Selepas bangun dari tidur, perut kita telah kosong selama lebih kurang 10 jam. Jika kita tidak sarapan, dan skip terus ke makan tengah hari, perut kita kosong lebih dari 12 jam. Ini akan menyebabkan otak menghantar signal untuk menurunkan metabolism badan. Dan apabila kita makan tengah hari, badan kita berada dalam mode berehat, jadi apa yang kita makan waktu tengah hari itu tidak dibakar dengan efektif, ini akan menyebabkan penghasilan lemak dalam badan.

2) Mengelakkan kita makan secara berlebihan.

– Apabila perut kita kosong, kita akan mengambil makanan lebih dari keperluan kita. Ini mennyebabkan kita sukar menurunkan berat badan.

3) Membekalkan Tenaga

– Dengan mengambil sarapan pagi, kita memberi badan kita tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Kerja kita akan lebih produktif dan lebih fokus dengan apa yang kita lakukan.

4) Membentuk permakanan kita sepanjang hari

– Menurut satu kajian, sarapan pagi mempengaruhi tabiat permakanan seharian kita. Jika kita mengambil makanan yang tidak sihat, kita akan cenderung untuk mengamalkan tabiat permakanan yang tidak sihat sepanjang hari. Sarapan juga membantu menurunkan berat badan.

Jadi, jangan lupa untuk mengambil sarapan pagi kita okay? 🙂

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini