Pertemuan ‘Top 5’ UMNO di Seri Perdana

Berita

PUTRAJAYA – Beberapa pemimpin dipercayai ‘Top 5’ UMNO tiba di Kompleks Seri Perdana bagi menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kenderaan milik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilihat memasuki Kompleks Seri Perdana sekitar jam 6 petang, pada Isnin.

Sementara itu, jam 7.45 malam, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire hitam turut tiba memasuki kompleks itu, namun tidak dapat dipastikan ia milik siapa.

Antara petugas media berkumpul di hadapan Kompleks Seri Perdana bagi mendapatkan maklumat terkini.

Sumber mengesahkan pertemuan antara pemimpin itu berlangsung sekitar jam 8 malam ini.

Kediaman rasmi Perdana Menteri itu menjadi tumpuan pemberita sejak jam 5.30 petang tadi lagi.

Sementara itu, portal melaporkan pertemuan itu dibuat selepas Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bera tidak hadir pada pertemuan tergempar di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur pada Isnin.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *